pembakar semangat!!

Posted: Jun 4, 2011 in Uncategorized

“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.

Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

kalam nubuwwah

Posted: Jun 4, 2011 in Uncategorized

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda “Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

murabbi ibarat nukleus sel

Posted: Mei 31, 2011 in Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: Azlan Sydney
Seorang murabbi ibarat nukleus dalam sel manusia. Di dalam sel manusia terdapat pelbagai komponen penting untuk memastikan sel itu terus hidup. Antaranya:
Mitokondria – untuk menghasilkan ATP @ tenaga
Ribosom – untuk menghasilkan protein daripada RNA(ribonucleic acid)
Membran sel – selaput luar sel yang menapis bahan2 yang memasuki sel
Sitoplasma – cecair dalam sel yang memegang setiap komponen sel lain
Nukleus – untuk menyimpan identiti sel dan mengawal aktiviti sel dan setiap komponen di dalam sel
dll..
Fokus perbincangan adalah pada nukleus. Berdasarkan fungsinya, nukleus
(a) berperanan memastikan setiap komponen sel melaksanakan tugas masing-masing,
(b) mengenalpasti sebarang kekurangan pada sel supaya dapat mengerah komponen yang berkaitan untuk menampung dengan segera kekurangan tersebut,
(c) membawa identiti ‘badan’ (akan dibincang di bawah),
(d) saling berkomunikasi dengan nukleus-nukleus sel yang lain
(e) membahagi-bahagikan makanan mengikut keperluan setiap komponen
Apabila diperhatikan pada setiap komponen sel, boleh disimpulkan bahawa sebagai pembawa identiti, murabbi adalah nukleusnya dan komponen-komponen selebihnya adalah mutarabbi yang ada tugas dan ada keperluan maasing-masing.
Apabila dibandingkan nukleus dengan murabbi, semuanya sangat bertepatan dengan bidang tugas seorang murabbi. Tidak akan sekali-kali seorang murabbi itu dapat berehat kerana setiap saat, darah akan dipam masuk untuk menghantar oksigen dan makanan serta akan mengambil karbon dioksida dan sisa, setiap masa tenaga diperlukan. Maka segala bahan yang masuk ke dalam sel perlu ditapis dengan sebaiknya oleh membran sel, dan nukleus perlu memastikannya. Juga, tenaga kimia mencukupi perlu dipastikan supaya proses penapisan, proses peralihan bahan dan proses-proses lain dapat dilaksanakan dengan sempurna. Maka nukleus jugalah yang akan menilai sebanyak mana tenaga yang perlu dihasilkan oleh mitokondria. Selain itu, nukleus akan memastikan setiap komponen sel tersebut akan mendapat makanan dan tenaga mencukupi.
Interaksi antara sel juga perlu untuk memastikan keperluan ‘badan’ tercapai. Sewaktu makan, terfikir tentang bagaimana tangan dan lidah berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, telah wujud sistem saraf untuk membolehkan wujudnya interaksi di antara setiap sel dengan otak. Apabila suatu sel hendak berinteraksi dengan sel lain atas sebab keperluan, nukleus sel akan menghantar isyarat impuls ke otak. Otak hanya akan menghantar maklumat kepada nukleus yang berkenaan, dan nukleus tersebut akan menyebarkan maklumat tersebut kepada komponen-komponen sel di dalam selnya, lalu setiap komponen akan melaksanakan tugas menurut keperluan dan nukleus akan memastikan mereka melaksanakannya. Andai nukleus tidak menjalankan tugasnya, nescaya bencana besar akan berlaku kepada ‘badan’; tidak dapat menggerakkan makanan barangkali andai sel tersebut adalah sel otot tangan. Jadi, penting bagi setiap nukleus untuk menjalankan tugas mendidik setiap komponen sel dan menyampaikan maklumat yang betul kepada komponen sel. Dapat disimpulkan, pentingnya antara murabbi itu untuk melaksanakan amal jamaie dalam memastikan sistem tarbiyah itu berjalan dengan sempurna.
Namun, terdapat satu perkara yang perlu juga diambil berat oleh seorang murabbi, dari segi kesedaran terhadap kemampuan penguasaannya ataupun isti’abnya. Setiap sel ada keperluan dan tugas berbeza. Tangan perlu menjadi kuat antara sesama sel untuk mengangkat benda, tetapi lidah perlu menjadi lembut tetapi sensitif untuk merasa dan bertutur. Tangan tidak mampu menahan perbezaan suhu yang tinggi, tetapi lidah dapat menahan lebih tinggi, seperti meminum air panas. Jadi, tarbiyah untuk sel tangan dan sel lidah berbeza uslubnya masing-masing mengikut keperluan komponen-komponen sel tersendiri. Oleh itu, penting untuk setiap murabbi sedar isti’ab diri sendiri pada setiap mutarabbi mengikut marhalah yang sedang mereka berada, dan murabbi perlu bijak bertindak dalam menggunakan setiap mutarabbinya. Selain itu, ini jugalah antara kepentingan amal jamaie, supaya dapat saling membantu pada setiap kekurangan. Sel otot menggerakkan tangan, sel tulang memberi sokongan pada otot, sel saraf menjadi penghubung antara setiap sel, pembuluh darah meliputi setiap sel untuk memberi makanan dan oksigen.
Wallahualam.

hati yang tenteram

Posted: Mei 28, 2011 in Uncategorized

jihad perangi hawa nafsu

Posted: Mei 14, 2011 in Uncategorized

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

“Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan.” (Surah Maryam, 59)

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : “Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!” [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]..

tadabbur ayat

Posted: Mei 10, 2011 in Uncategorized

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “”Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.”” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah 9: Ayat ke 40)

manusia bukannya malaikat

Posted: Mei 10, 2011 in Uncategorized

Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?

Manusia biasa.

M.a.n.u.s.i.a.

Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :

1) Kelemahan
2) Perasaan
3) kealpaan.

Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.

Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.

daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.

Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.

Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.

Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.

Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.

Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.

Berimbanglah.

Semoga ukhuwwah yang terjalin,akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita..

tiada jurang pemisah dalam persahabatan ini..

friendship forever

Dalam diri setiap anak Adam, Allah SWT telah kurniakan dengan 1001 perasaan. Perasaan-perasaan ini pula bersifat batiniah dan letaknya di dalam hati. Salah satu perasaan itu adalah rasa kasih mengasihi. Tarikan rasa ini boleh berlaku antara sesama manusia, makhluk-makhluk lain dan tentunya rasa cinta terhadap Maha Pencipta. Dengan rasa inilah manusia boleh hidup dengan penuh harmoni kerana berhubungan baik dengan manusia dan juga dengan Allah SWT.

Namun begitu, syaitan tidak pernah terlupa walau sesaat dalam menjalankan peranannya. Sudah namanya pun musuh manusia, segala kebaikan dan keharmonian yang melingkari kehidupan umat manusia, akan dipastikan suasana itu dicemari dengan perasaan yang sedikit demi sedikit mampu mengetarkan perhubungan sedia ada. Mereka sentiasa mencari ruang bagi menimbulkan rasa cemburu, iri hati atau jatuh menjatuhkan antara sesama manusia.

Bagi manusia pula, apabila urusan hati itu gagal diurus dengan sempurna, tanpa disedari ‘sihir-sihir’ halus mudah dihembuskan ke ruang hati. Dari situlah rasa kasih dan sayang dan saling menghormati yang selama ini menjadi prinsip dalam menjalinkan perhubungan dengan orang lain, mudah sahaja tergadai walau hanya berlaku sedikit salah faham.

Lihatlah apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Bukan sedikit laporan berita memaparkan kes-kes jenayah dilakukan angkara dengki dan dendam. Berapa ramai wanita di luar sana yang terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup gara-gara disimbah asid oleh lelaki yang berdendam kerana cintanya tak berbalas. Juga kisah ibu bapa yang dilayan bak ‘pengemis tua’ oleh anak-anak sendiri yang menyimpan dendam kerana dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan suatu masa dahulu.

Bukan itu sahaja, angkara dendam jugalah soal nyawa bagaikan menjadi mainan. Kasihan bagi mereka yang menjadi mangsa-mangsa si pendendam ini. Kadangkala mereka sendiri tidak tahu kenapa diperlakukan sebegitu rupa. Sedangkan si pendendam pula sedang bergembira kepuasan. Walau hakikat sebenarnya mereka sedang bergelut dengan diri sendiri yang pastinya tidak akan berkesudahan, biar apa pun yang sudah mereka lakukan!

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (Surah An-Nisa, Ayat: 32).

-i-luvislam-